Pelancaran Kelab Setem dan Filateli SMK Air Putih

Standard

Pelancaran Kelab Setem dan Filateli SMK Air Putih telah diadakan pada 12 Jun 2013. Perasmian telah dibuat oleh Pengetua Cemerlang SMK Air Putih En Nandakumaran a/l Kathirvaloo. Acara dimulakan dengan ucapan dari Guru Penasihat Pn Shamsiah Abd Wahab diikuti dengan ucapan pengerusi Kelab Wong Jie Min dan seterusnya Ucapan Perasmian Oleh Pengetua. Aktiviti menulis surat 1 Malaysia telah diadakan. Aktiviti ini adalah program bersama dengan persatuan bahasa melayu. Pelajar dikenakan bayaran RM3.00 oleh kelab setem. Kelab setem menyediakan perkhidmatan seperti menyediakan sampul surat bersetem rm0.80 2 set. Disamping itu persatuan bahasa melayu akan menyemak semua penyertaan dan ahli kelab setem akan menampal setem disampul surat dan mengepos surat-surat itu. Sebanyak  lebih kurang 400 penyertaan telah diterima dan diproses.

pelancaran1 pelancaran2 pelancaran3 pelancaran4 pelancaran5 pelancaran6

Leave a comment